Gaya Hidup

Berhati-hati dengan Penipu — Panduan untuk Klien Olymp Trade

Jangan Jadi Mangsa yang Seterusnya dengan Mematuhi Peraturan Mudah Ini  


Hantar wang anda kepada saya dan saya akan membuatkan anda KAYA! Mungkin anda pernah melihat tuntutan seperti ini di Twitter, FB dan media sosial yang lain. Berhati-hati! Kini, penipu ada di mana-mana dalam talian dan malangnya, ramai daripada mereka menyasarkan pelabur dan klien Olymp Trade yang berpotensi.

Mujurlah, Olymp Trade ada untuk membantu anda dan berusaha untuk memastikan wang ANDA selamat daripada perakus yang menawarkan kekayaan dan ganjaran dengan bayaran yang sangat sedikit.

Jika anda ingin tahu cara penipu ini beroperasi dan cara untuk mengelakkan daripada kehilangan wang anda, teruskan membaca kerana kami akan menunjukkan beberapa penipuan ini dan memberi anda beberapa panduan mudah untuk dipatuhi bagi melindungi anda dalam perjalanan mencapai matlamat kewangan anda.

Mari mulakan dengan beberapa peraturan asas mengenai perkara yang anda ingin elakkan, kemudian kami akan memaparkan penipu ini kepada anda.

Imej oleh Gerd Altmann daripada Pixabay 

 

Peraturan untuk Dipatuhi bagi Mengelakkan daripada Ditipu

1. Jangan sesekali berikan wang anda kepada individu yang anda tidak kenal secara peribadi. Walaupun anda kenal, anda patut berhati-hati. Perdagangan sebenar dibuat dengan akaun yang boleh disahkan dan bukan melalui Twitter, Telegram, WhatsApp dan lain-lain.

2. Jangan benarkan orang lain untuk “melaburkan” wang anda bagi pihak anda. Sekiranya pelaburan tersebut adalah sah, maka anda sepatutnya masih dapat mengawal wang anda.

3. Berhati-hati dengan tuntutan pulangan yang hebat untuk pelaburan yang kecil. Memang benar bahawa anda boleh memperoleh keuntungan yang baik dengan berdagang dalam talian terutamanya dengan Olymp Trade, tetapi ia masih memerlukan kesabaran dan ketekunan. Tiada program “jadi kaya dengan cepat” yang sebenar di luar sana.

4. Jangan berikan maklumat akaun perdagangan anda kepada sesiapa supaya mereka boleh “berdagang untuk anda”. Mendapatkan petua dan isyarat perdagangan itu satu perkara, tetapi memberikan akses akaun penuh anda kepada orang lain adalah kurang bijak (dan juga melanggar peraturan Olymp Trade).

Bendera Merah — Sekiranya anda melihat frasa atau komen seperti ini daripada seseorang yang bertanya tentang pelaburan anda, anda patut lari (atau memadamkan mesej tersebut pada telefon anda):

  • Gandakan Wang Anda
  • Tiada risiko, Keuntungan tanpa risiko dsb.
  • Wang percuma, Hadiah percuma
  • Pulangan terjamin

 

Cara Olymp Trade Melindungi Anda

  1. Setiap klien Olymp Trade mempunyai akaun peribadi mereka.

Olymp Trade menyarankan setiap klien mereka untuk mempunyai satu akaun. Pihak ketiga tidak dibenarkan untuk mengekalkan sebuah akaun demi melindungi klien dan jenama Olymp Trade daripada penipuan.

  1. Pendepositan dan pengeluaran wang akaun Olymp Trade hanya boleh dilakukan oleh klien.

Olymp Trade mengenakan sebilangan perlindungan untuk klien seperti mematuhi peraturan Kenali Pelanggan Anda (KYC) dan memadankan sumber deposit/pengeluaran dengan akaun sebenar. Langkah-langkah keselamatan ini melindungi kedua-dua klien dan syarikat daripada penipu.

  1. Kerahsiaan Akaun

Pekerja, pengurus dan ahli gabungan rasmi Olymp Trade tidak akan meminta akses kepada akaun anda untuk membuat dagangan atau transaksi dan mereka juga tidak akan meminta anda terus memberikan mereka wang supaya mereka boleh mendepositkan wang tersebut kepada akaun anda.

Penting — Jika sesiapa mengatakan bahawa mereka merupakan wakil Olymp Trade dan meminta anda untuk menghantarkan wang kepada mereka secara terus dan bukannya mendepositkan ke dalam akaun anda sendiri, BERHENTI dan hubungi perkhidmatan pelanggan Olymp Trade dengan segera. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel support-en@olymptrade.com atau menghubungi mereka secara terus pada platform perdagangan.

 

Cara Penipu Beroperasi dan Ciri-ciri Penipuan

Untuk membantu anda mengenal pasti penipu yang berpotensi, kami telah menyediakan beberapa contoh orang yang sedang menipu wang orang di luar sana. Ini hanyalah beberapa pesalah, jadi pastikan anda berjaga-jaga terhadap yang lain kerana mereka wujud di hampir setiap kawasan di dunia ini dan cuba untuk mempergunakan Olymp Trade dan anda untuk mengisi poket mereka dengan wang tunai.

 

  1. Miss Sharon Olympic Trade

“Miss Sharon” merupakan contoh klasik penipu pelaburan. Dia menggalakkan orang untuk menghantar wang mereka kepadanya supaya dia boleh melaburkan wang itu bagi pihak mereka. Dia menyenaraikan laman web Olymp Trade di profilnya, menggunakan imej jenama, malah memasukkan perkataan “Olympic” dalam nama profilnya.

“Miss Sharon” juga berkata bahawa dia merupakan “pakar perniagaan” dan menawarkan tiga kali ganda wang anda daripada 10k ke 30k tetapi hanya menggandakan wang anda daripada 20k ke 40k. Jelasnya, “Miss Sharon” tidak bagus dalam matematik dan ini atau mana-mana perkara lain yang dia tawarkan patut dielakkan.

Terdapat kemungkinan bahawa “Miss Sharon” (atau mana-mana penipu di bawah) bukannya orang sebenar. Menggunakan imej ahli perniagaan wanita yang “bijak” dan muda merupakan satu cara yang digunakan oleh penipu untuk menarik mangsa yang berpotensi. Lagipun, senyumannya manis, mari hantarkan wang kepadanya  — jangan!.

 

    1. Mrs mabel olymptrade

“Mrs Mabel” juga menggunakan jenama Olymp Trade untuk membantu mempromosikan penipuannya. Dia memasukkan jenama dalam profil Twitter dan menyebut Olymp Trade secara berulang dalam siarannya.

Dia menggunakan imej yang dicuri daripada galeri foto dalam talian yang menggambarkan orang dalam pelbagai gaya “perniagaan” dan bahan pemasaran sebenar daripada Olymp Trade yang telah diubah (dengan teruk) menggunakan Photoshop untuk mempromosikan mesejnya.

Dia menggunakan kaedah “takut kehilangan” dengan frasa seperti “anda hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk melabur” dan berharap bahawa mangsanya akan melakukan keputusan pelaburan yang tidak rasional dan mengikut gerak hati atau merisikokan kerugian.

Profil “Mrs Mabel” merupakan imej seorang ibu pertengahan umur kerana penipu tahu bahawa orang mempercayai wanita melebihi lelaki dan mereka paling mempercayai ibu. Jangan terpedaya — Mrs Mabel tidak membuat biskut pada waktu senja untuk kanak-kanak rumah jiran. Dia mencuri wang orang lain.

 

  1. Mercy

“Mercy” menggunakan kaedah yang berbeza sedikit untuk menipu orang. “Dia” muncul sebagai orang yang biasa seperti orang lain, tetapi dia telah menemui “peluang” yang hebat dan perlu berkongsi pada media sosial.

Dia menggunakan jenama Olymp Trade sepanjang siarannya untuk menambah kesahihan kepada tuntutannya serta memberitahu anda bahawa memberinya wang bukanlah suatu penipuan. Lagipun, dia mempunyai “Makluman Tiada Penipuan” di profil Twitter dia. Pastinya dia boleh dipercayai, bukan?

Ini satu petua: jika anda perlu beritahu orang bahawa ini bukannya penipuan, maksudnya anda kekurangan maklumat untuk MENUNJUKKAN kepada orang lain bahawa ini bukannya penipuan. “Mercy” berkata bahawa dia boleh mengajar anda “cara untuk menjana wang” dan “berdagang dengan keuntungan tanpa kerugian”, tetapi tiada siarannya yang menunjukkan sedemikian. Sebaliknya, dia hanya memberitahu anda untuk menghantarkan wang kepadanya.

Jika anda ingin belajar cara untuk melabur, kami mencadangkan anda untuk menggunakan pelbagai sumber percuma yang tersedia di platform Olymp Trade, yang anda boleh membuka akaun percuma dengan $10.000 dana maya untuk berlatih. Ini sememangnya tiada risiko, berbeza dengan tawaran “Mercy”.

 

  1. Mrs joy Olymptrade

“Mrs Joy” merupakan salah satu daripada dua penipu yang paling keji, yang kami simpan untuk paparan terakhir. “Dia” juga menggunakan jenama Olymp Trade secara meluas dalam tawarannya untuk membantu orang menjadi kaya. Tambahan pula, profil Twitter dia menunjukkan banyak tuntutan yang sama dengan yang lain seperti “tidak tipu” dan “untung tanpa rugi” (jelasnya Mrs Joy bukan pakar ejaan).

Perkara yang paling menyusahkan tentang “Mrs Joy” adalah bahawa dia secara khususnya menarik wanita untuk menghantarkan wang kepadanya sambil mengatakan bahawa dirinya merupakan seorang ibu yang berkahwin dan profesional yang boleh membantu wanita lain mencapai tahap kebebasan kewangan yang sama.

Mencuri wang daripada ibu-ibu yang bergelut merupakan penipuan yang amat buruk. Tidak diragukan bahawa terdapat keperluan untuk membantu ibu-ibu di mana-mana untuk menjamin kewangan mereka, tetapi kami amat mencadangkan agar mereka cuba untuk berdagang dan bukannya memberikan wang mereka secara membabi buta kepada penipu seperti “Mrs Joy”.

 

  1. PROUDLY_ABUBAKAR

Contoh terakhir kami dan mungkin merupakan contoh yang paling teruk dalam kesemua pelaku penipuan membuatkan orang percaya bahawa dia penganut setia agamanya dan cuba untuk mempergunakan kerohanian sebagai helah untuk mencuri wang orang lain.

Tidak banyak perkara yang kami dapat fikirkan yang lebih teruk daripada mempergunakan kepercayaan agama orang lain untuk mengambil wang mereka, tetapi Abubakar tidak mempedulikan perkara seperti itu dan bergantung pada kepercayaan anda, akan ada tempat yang sesuai untuk dia di akhirat nanti.

Abubakar menggunakan pelbagai helah yang berbeza untuk membuatkan orang menghantarkan wang kepadanya termasuklah Olymp Trade dan juga syarikat insurans. Dia menjanjikan berkat Tuhan sebagai balasan atas sokongan anda, memburukkan lagi keadaan dalam proses tersebut.

Kami amat menyarankan orang yang mempunyai kepercayaan agama untuk berunding dengan ketua keagamaan tempatan mereka mengenai perkara seperti pelaburan berdasarkan dorongan Tuhan. Sementara platform Olymp Trade memenuhi hampir semua kriteria keagamaan untuk pelaburan, kami percaya bahawa kepercayaan anda adalah lebih baik diletakkan pada gereja/masjid/tokong tempatan anda daripada orang seperti Abubakar.

 

Berhati-hati, Melabur dengan Bijak & Jangan Jadi Mangsa Penipuan

Anda kini dibekalkan dengan beberapa cara untuk mengesan penipu dan penipuan dan juga dapat menyaksikan tindakan beberapa penipu yang sebenar. Gunakan pengetahuan anda untuk menyelamatkan diri anda daripada kesalahan dan membantu mereka di sekitar anda untuk melakukan perkara yang sama.

Ingat bahawa orang yang digambarkan dalam akaun ini berkemungkinan bukan orang sebenar, tetapi ciptaan seseorang. Orang sebenar dalam foto ini mungkin tidak sedar imej mereka telah digunakan untuk menipu orang lain.

Paling pentingnya, anda perlu bergantung pada diri anda untuk melabur dengan betul dan mendapatkan keuntungan. Olymp Trade ada di sini untuk membantu anda sepanjang jalan dengan semua sumber yang anda perlukan dan tiada gembar-gembur “jadi kaya dengan cepat”.

Related posts
Gaya Hidup

Inflasi Gaya Hidup

Keadaan apabila pendapatan seseorang meningkat kemudian diikuti dengan peningkatan perbelanjaan adalah perkara biasa Kami membazir wang untuk membeli perkara yang tidak kami...
Gaya Hidup

Menjadi Pedagang yang Beruntung

Perjalanan Arthis, seperti ramai pedagang yang lain, dibelenggu oleh pengajaran dan kerugian yang teruk Ketahui cara dia mengatasi kejatuhan dan mencipta strategi tersendiri Dia...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.