Analysis

Berita Mingguan 11.05.2020-15.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Minggu ini, perhatian patut diberi pada laporan KDNK di UK dan Jerman, kelemahan kuarantin di beberapa negara dan ganjaran blok lebih rendah untuk pelombong bitcoin.

 

Peristiwa Penting dalam Kalendar Ekonomi

  • AS mengeluarkan indeks harga pengguna teras (CPI) pada 12 Mei.
  • UK mengeluarkan laporan KDNK Q1 2020nya pada 13 Mei.
  • Australia mengeluarkan data perubahan pekerjaan pada 14 Mei.
  • Jerman mengeluarkan laporan KDNK Q1 2020nya pada 15 Mei.

 

11 Mei. Keputusan Pelabur Gram

Sebelum hari ini, pelabur Gram sepatutnya sudah membuat keputusan tentang strategi pembayaran semula. Pavel Durov dan pasukannya tidak lagi yakin akan kejayaan projek mata wang kripto berskala besar itu. Pelabur boleh menerima bayaran 72% dengan serta-merta dan jumlah selebihnya kemudian, atau mereka boleh dibayar 110% daripada pelaburan mereka dalam setahun.

Ingat kembali: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan seterusnya mahkamah menyamakan token Gram dengan sekuriti, yang merumitkan peraturan bekerja dengan pelabur.

 

12 Mei. Penseparuhan Ketiga Bitcoin

Penseparuhan Bitcoin akan berlaku sekitar 12-13 Mei. Pelombong tidak begitu ceria mendengar tentang peristiwa itu kerana ia bermakna mereka akan mendapat ganjaran lebih kecil kerana menambah blok baharu kepada rangkaian itu. Ganjaran akan dikurangkan daripada 12.5 kepada 6.25 BTC. Kami tidak menolak kemungkinan kenaikan ketara dalam turun naik yang mungkin berlaku selepas penseparuhan itu.

Ingat kembali bahawa penseparuhan sebelum ini diikuti oleh trend positif jangka panjang.

 

13 Mei. Pelonggaran sekatan kawalan sempadan EU

Langkah sekatan kawalan sempadan EU akan kekal dilaksanakan sehingga 13-15 Mei dan selepas itu, ia mungkin akan ditarik balik separa. Eropah dan negara lain menarik balik sekatan kuarantin. Walau bagaimanapun, proses ini akan dilakukan secara berperingkat untuk mengelakkan gelombang kedua pandemik itu.

 

14 Mei. Penarikbalikan Sekatan Kuarantin di Jepun. “Sidang Dengar Virus” di Kongres AS

Menurut Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo, kerajaan akan mendengar pandangan pakar tentang penarikbalikan awal keadaan darurat itu. Keadaan darurat dilanjutkan di negara itu sehingga 31 Mei.

Menteri Pengukuhan Semula Ekonomi Jepun, Nishimura Yasutoshi berkata pada 7 Mei bahawa sekatan boleh ditarik balik lebih awal di beberapa wilayah yang melaporkan penurunan stabil dalam rentak jangkitan COVID-19.

________________________________________

Rick Bright, bekas ketua Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Lanjutan Bioperubatan akan berucap di Dewan Perwakilan A.S. Dia menuduh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia A.S. memandang rendah ancaman koronavirus dan keperluan untuk melawannya. Bright telah mencuba untuk meningkatkan kebimbangan tentang kemungkinan kesan epidemik COVID-19 sebelum ini pada Januari 2020.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 22.07—26.07.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 27.03.2020

Semalam, sebuah laporan telah dikeluarkan tentang permohonan asal untuk faedah pengangguran di Amerika Syarikat yang merekodkan peningkatan yang...
Analysis

Berita Mingguan 04.05.2020–08.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitik 16.08.2019

Pasukan tentera China semakin menghampiri sempadan Hong Kong, Pihak berkuasa China sebelum ini telah menyifatkan bantahan itu sebagai “menghampiri...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.