Analysis

Berita Mingguan 18.05.2020–22.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Peristiwa penting minggu ini termasuk indeks sentimen ekonomi ZEW di Jerman, inflasi di kawasan euro dan usaha Argentina untuk mencapai persetujuan dengan pemiutang.

 

Peristiwa Penting dalam Kalendar Ekonomi

  • Jerman mengeluarkan indeks sentimen ZEW pada 19 Mei.
  • EU mengeluarkan data terkini tentang indeks harga pengguna (CPI) terkini pada 20 Mei.
  • AS mengeluarkan laporan tentang jualan rumah sedia ada pada 21 Mei.
  • Jerman mengeluarkan indeks pengurus pembelian perkilangan (PMI) pada 22 Mei.

 

18 Mei. Aktiviti Ekonomi Mula Meningkat

Syarikat motor Ford akan memulakan semula operasi di UK. Pengilang kereta Mexico juga memulakan semula aktiviti mereka. Pada hari yang sama, beberapa penerbangan domestik dijadualkan untuk bermula semula di India dan sebuah kasino akan dibuka semula di wilayah Louisiana, AS.

 

19 Mei. China Memotong Tarif pada Barangan AS

Dari 19 Mei, China mengecualikan 79 barangan produk AS daripada tarif balasnya. Pengecualian akan kekal sehingga 18 Mei 2021 dan akan memberi kesan pada metal bumi, disinfektan, isotop dan elemen radioaktif.

Sementara itu, Washington terus menuduh Beijing menyebarkan COVID-19 secara terbuka.

 

21 Mei. Sekatan Sempadan AS-Kanada

Sekatan kuarantin sempadan antara AS dan Kanada tamat pada hari ini. Doug Ford, Perdana Menteri wilayah Ontario, Kanada telah bercakap menentang pemansuhan langkah tersebut disebabkan kadar tinggi penyebaran epidemik di Amerika Syarikat.

Kami ingatkan anda: rakyat AS dan Kanada dibenarkan untuk melawat negara berjiran untuk sebab penting sejak 18 Mac.

 

22 Mei. Argentina Cuba Menggelakkan Kemungkiran

Sebelum hari ini, Argentina mesti menghabiskan rundingan dengan pemiutang terbesarnya untuk membayar $500 juta dalam hutang asing. Jika mereka tidak mencapai persetujuan untuk menstrukturkan semula hutang, negara mungkin berada dalam kemungkiran. Senario ini mungkin mempunyai kesan negatif yang kuat pada negara Amerika Latin yang lain.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 02.03 — 06.03.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.