Analysis

Berita Mingguan 20.01 — 24.01.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Senarai peristiwa penting minggu ini termasuk Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, dan juga draf rang undang-undang akhir reformasi pencen Perancis. Selain itu, peserta pasaran akan mengikuti keputusan kadar utama Bank of Canada dan ECB.

 

Peristiwa Utama dalam Kalendar Ekonomi

● Pada 21 Januari, UK mengeluarkan laporan Tuntutan Pengangguran Awal.

● Pada 22 Januari, Bank of Canada mengeluarkan keputusan kadar faedahnya.

● Pada 23 Januari, ECB mengeluarkan keputusan kadar faedahnya.

● Pada 24 Januari, Jerman menerbitkan Indeks Suasana Perniagaan Ifo.

 

20 Januari. Sidang Dengar CEO Huawei

Mahkamah di Vancouver (Kanada) akan mengadakan sidang dengar ekstradisi kes ketua pegawai kewangan Huawei, Meng Wanzhou. Setahun lalu, beliau ditangkap di Kanada dan berdepan dengan ekstradisi ke AS kerana disyaki melanggar sekatan AS terhadap Iran. Kini, pendakwa Kanada menuduh beliau melakukan penipuan.

 

21 Januari. Forum Davose dan Sidang Dengar Pendakwaan Trump

Forum Ekonomi Dunia bermula di Davos. Mesyuarat akan diadakan sehingga 24 Januari. Pemanasan global, perdagangan antarabangsa, bantuan kepada industri dan isu teknologi serta ekonomi lain mungkin menjadi topik utama.


Senat A.S. akan meneruskan sidang dengar pendakwaan presiden yang dimulakan oleh Dewan Perwakilan. Ketua Hakim, John Roberts akan mengetuai perbicaraan itu. Donald Trump mungkin tidak akan dikeluarkan daripada pejabatnya: Ahli Republikan Trump merupakan majoriti dalam Senat.

 

22 Januari. Perancis, Rusia dan Palestin

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin akan membuat lawatan rasmi ke Palestin. Pemimpin tersebut akan membincangkan keadaan di Libya, Syria dan Timur Tengah secara umum. Mereka juga akan menumpukan perhatian pada penyelesaian konflik Palestin-Israel.

 

23 Januari. Sidang Dengar Kes Julian Assange

Satu lagi sidang dengar akan diadakan tentang kes Julian Assange, pengasas WikiLeaks. Ingat kembali bahawa Julian Assange pernah tinggal di kawasan Kedutaan Ecuador di London selama 7 tahun. Tahun lalu, beliau diserahkan kepada pihak berkuasa Britain dan kini berdepan dengan ekstradisi ke AS. Di AS, beliau dituduh mendedahkan maklumat rahsia.

 

24 Januari. Undang-undang Draf Reformasi Pencen di Perancis

Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe akan membentangkan draf reformasi pencen, yang akan dibincangkan di Parlimen pada bulan Februari. Reformasi termasuk meningkatkan umur persaraan dan memansuhkan sebahagian besar manfaat. Kesatuan sekerja Perancis telah melakukan tunjuk perasaan terhadap perubahan ini sejak bulan Disember.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.