Analysis

Berita, Trend, Analitik 13.11.2019

Trump akan mengeluarkan Lebih Banyak Transkrip Walaupun Dengan Penyiasatan Pendakwaan

Berita

Presiden A.S., Donald Trump berjanji untuk mengeluarkan satu lagi transkrip kepada umum berikutan penerusan penyiasatan pendakwaan Kongres. Pernyataan itu ialah pernyataan terkini dalam pertelingkahan politik tentang kemungkinan penyalahgunaan kuasa. Mempengaruhi USD


Menteri Ekonomi Itali, Roberto Gualtieri mengumumkan bahawa KDNK Itali bukan sahaja telah kembali positif, malah pertumbuhan KDNK 0.6% untuk tahun hadapan “sangat boleh dicapai”. Berita itu diumumkan selepas pertumbuhan KDNK suku ketiga sebanyak hanya 0.1% dan 6 suku tahun yang hampir tidak berkembang dalam ekonomi ketiga terbesar Zon Euro itu. Mempengaruhi EUR


Peso Chile jatuh lebih daripada 1% di pasaran yang dibuka pada hari Selasa berbanding dengan dolar A.S. Kejatuhan itu sebahagian besarnya disebabkan bantahan semasa dan ketidakstabilan dalam negara itu, yang menyebabkan 20 orang maut dan ramai yang tercedera. Mempengaruhi CLP


Sentimen ekonomi Jerman meningkat dengan ketara bulan lalu menurut tinjauan oleh ZEW yang dikeluarkan pada hari Selasa. Dengan kemungkinan tarif A.S. pada kereta Eropah yang mungkin tidak berlaku, keyakinan pelabur terhadap Jerman semakin baik, menurut beberapa penganalisis. Mempengaruhi EUR


Erdogan, Presiden Turki mengugut akan mengakhiri perbincangan EU selepas sekatan dikenakan terhadap Turki kerana menggerudi di pesisir pantai Cyprus. Kontroversi itu timbul sebelum lawatan pemimpin Turki itu yang dijadualkan ke Washington D.C. Menurut EU, penggerudian itu melanggar perjanjian sedia ada berkaitan kawasan itu, tetapi Erdogan menyatakan bahawa Turki kekal berhak untuk menggerudi. Mempengaruhi TRY

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 18.11-22.11.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitik 16.07.2019

AS sedang mempertimbangkan untuk membuka semula pasaran kepada Huawei; berikutan mesyuarat Presiden Trump dengan rakan sejawatnya, Xi, pada bulan...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.