Analysis

Berita, Trend & Analitis 07.07.2021

Perjanjian OPEC+ Tidak Berjaya

Hari ini tumpuan ialah pada keputusan mesyuarat OPEC+, Tesla menghadapi tuntutan mahkamah dan Presiden IBM meletakkan jawatan.

 

Kalendar

14:00 UTC

Indeks Pengurus Pembelian Ivey Kanada akan diterbitkan. Tiada keputusan diramalkan. Sebelum ini: 64.7. Jika data adalah kuat, CAD mungkin menaik.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, EUR/CAD, GBP/CAD


14:00 UTC

Hasil tinjauan Pekerjaan Kosong JOLTs A.S. akan diterbitkan. Ramalan: 9.388 juta. Jika data lebih tinggi daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, USD/MXN, USD/JPY

 

Berita

Harga minyak mentah jatuh kerana percanggahan antara ahli-ahli OPEC+ yang menyebabkan keresahan pengeluaran berlebihan. Mempengaruhi Brent


Beberapa syarikat A.S. terjejas secara negatif oleh keputusan pihak kerajaan China untuk mengetatkan pengawalan penyenaraian syarikat di luar negara. Mempengaruhi Dow Jones


Tuntutan mahkamah berkenaan kontroversi autopilot Tesla berterusan, dengan pihak kerajaan di seluruh dunia mempertimbangkan kawalan yang lebih ketat ke atas sistem pemanduan. Mempengaruhi Tesla


Novartis mengumumkan rancangan untuk menghasilkan ubat anti-kolesterol baharu Leqvio di Austria bagi memastikan FDA tidak akan melambatkan pelancarannya. Mempengaruhi Novartis


Selepas presiden IBM James M. Whitehurst mengumukan beliau akan meninggalkan jawatannya, saham syarikat itu menurun hampir 5%. Mempengaruhi IBM

 

Analisis Teknikal

Tesla

Walaupun Tesla berjaya mengatasi halangan dalam usaha pengembangan di China, kini ia menghadapi cabaran lain. Dengan beberapa keadaan darurat yang berlaku baru-baru ini, beberapa negara memutuskan untuk mendorong peraturan yang lebih ketat ke atas kereta memandu sendiri, menjadikannya lebih sukar bagi Tesla untuk mendapatkan kelulusan untuk kenderaannya.

Saham syarikat telah jatuh, dan kami menjangka pergerakan menurun yang berterusan.

Bitcoin

Kripto tidak dapat diramal, tetapi secara keseluruhan sedang pulih daripada kerugian sebelum ini.

EUR/CAD

Pasangan ini melonjak awal hari ini, dan sekarang kita melihat permulaan pembetulan di sini, apabila harganya mula menurun.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 16.03.2020-20.03.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita mingguan 08.07-12.07.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Blog rasmi Olymp Trade