Analysis

Berita, Trend, & Analitis 25.05.2021

Kripto Korea Selatan

Hari ini fokus ialah pada tarif British, jawatan kosong A.S. & mata wang digital Korea Selatan yang akan datang.

 

Kalendar

6:00 UTC

GDP Jerman (YoY) untuk suku tahunan pertama akan diterbitkan. Ramalan: -1.7%. Jika data lebih tinggi daripada yang dijangka, EUR mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/GBP, EUR/CHF, EUR/NZD


8:00 UTC

Indeks Iklim Perniagaan IFO Jerman untuk bulan May akan diterbitkan. Ramalan: 98.2. Jika bacaan lebih rendah daripada ramalan, EUR mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: DAX, EUR/GBP, EUR/USD


14:00 UTC

Keyakinan Konsumer CB A.S. untuk bulan Mei akan diumumkan. Ramalant: 119.4. Jika keputusan lebih tinggi daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: USD/SGD, GBP/USD, USD/NOK

 

Berita

Majikan British menyeru Perdana Menteri, Boris Johnson pada hari Isnin untuk mengubah semula kawal selia dan peraturan cukai bagi membantu mereka menghadapi cabaran Brexit, pemulihan pasca pandemik dan persediaan untuk ekonomi karbon sifar. Mempengaruhi GBP


Sekumpulan tujuh negara hampir mencapai persetujuan tentang pencukaian korporat ke atas syarikat multinasional, dalam persediaan untuk perjanjian global pada tahun ini. Mempengaruhi S&P 500


Wain, coklat dan udang kara yang diimport ke Britain dari Amerika Syarikat bakal dikenakan tarif baharu di bawah cadangan daripada pihak kerajaan British bagi mengimbangkan senarai barangan yang disasarkan sebagai sebahagian daripada konflik dagangan yang berterusan sekitar keluli dan aluminium. Mempengaruhi FTSE 100


Walaupun aktiviti pengilangan A.S. melonjak kepada ketinggian sejak 37 tahun yang lalu pada bulan Mac, industri ini mempunyai lebih setengah juta jawatan kosong dan kilang-kilang menghadapi kesukaran untuk mencari pekerja berkemahiran untuk peranan khusus. Mempengaruhi USD


Bank pusat Korea Selatan pada hari Isnin mengatakan ia akan memilih pembekal teknologi untuk membina platform pilot mata wang digital, untuk mencipta mata wang digital yang disokong oleh bank pusat. Mempengaruhi Bitcoin

 

Analisis Teknikal

Bitcoin

Kripto yang paling terkenal di dunia mengalami bulan yang paling sukar, selepas mencapai ketinggian rekod pada permulaan tahun, spekulasi tentang pengawasan, campur dengan kebimbangan tentang populasi perlombongan telah menjejaskan nilainya. Elon Musk, yang mempunyai pengaruh ke atas peminat kripto, menyiarkan tweet tentang sokongan beliau untuk bitcoin berbanding mata wang fiat, yang mungkin mencetuskan kenaikan baharu. Manakala negara-negara seperti Korea Selatan bersedia untuk menerima masa depan blockchain, juga membantu meningkatkan nilai kripto ini.

Kripto ini menguji tahap sokongan kira-kira 33530 dan melantun ke atas.

GBP/CHF

Pasangan ini menunjukkan corak Three Black Crows, menandakan kekuatan trend turun apabila ia menguji tahap sokongan kira-kira 1.267.

Copper

Logam ini telah mencecah ke bawah tahap sokongan sebelumnya dan

The metal has pushed below its previous support level and its next major pivot point is the new support line around 4.4503.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 12.07.2019

The Fed bimbang tentang kemungkinan kerahsiaan dan masalah pengubahan wang haram dengan Libra Facebook. Powell meminta projek itu dihentikan sehingga kebimbangan hilang.
Analysis

Berita Mingguan 20.07.2020–24.07.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...