Analysis

Berita, Trend & Analitis 27.04.2021

UK lwn. A.S

Hari ini tumpuan adalah pada ramalan pertumbuhan Jerman, langkah-langkah COVID Jepun dan UK lwn. A.S.

 

Kalendar

14:00 UTC

Laporan Keyakinan Konsumer CB A.S. untuk bulan April akan dikeluarkan. Ramalan: 113.0. Jika keputusan lebih rendah daripada ramalan, USD mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/SGD, NZD/USD, AUD/USD

 

Berita

Minggu bermula dengan senyap kerana pelabur menahan daripada melabur pada posisi besar sebelum perjumpaan Feds selama dua hari yang akan bermula pada hari Selesa dan penerbitan angka produk domestik kasar suku tahunan untuk Amerika Syarikat. Mempengaruhi S&P 500


Dolar pulih daripada kemerosotan berbanding kebanyakan mata wang pada hari Isnin di tengah spekulasi bahawa Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell akan menolak perbincangan pembelian bon yang meruncing pada mesyuarat dasar minggu ini. Mempengaruhi USD


Kerajaan Jerman menaikkan ramalan pertumbuhannya untuk tahun ini kepada 3.5%, berbanding pertumbuhan 3% yang dijangka pada bulan Januari, disokong oleh suku keempat yang lebih kuat daripada yang dijankg. Mempengaruhi EUR


Menurut Goldman Sachs, Britain bakal melihat pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat berbanding Amerika Syarikat tahun ini, apabila negara tersebut meneruskan program vaksinasi selepas kemerosotan yang berlaku pada tahun 2020. Mempengaruhi GBP


Harga perkhidmatan Jepun menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada bulan Mac apabila yuran pengiklanan dan pengangkutan meningkat, mencadangkan ekonomi sedang pulih dengan sederhana, tetapi pengisytiharan darurat ketiga negara itu pada hari Ahad untuk melawan kemunculan jangkitan baharu COVID 19 mungkin menjejaskan kadar penggunaan. Mempengaruhi JPY

 

Analisis Teknikal

GBP/USD

UK telah cepat pulih sejak sekatan terakhir COVID-19 diangkat. Walaupun A.S. melihat peningkatan aktiviti ekonomi, terdapat kerisauan bahawa pasaran mungkin menjangkaui negara itu, yang menjadi perkara yang membimbangkan kalangan pelabur.

Pasangan ini berdagang dalam saluran dan berkemungkinan berterusan di masa depan terdekat.

Brent

Harga berdagang dalam Panji dan akan menembus dari mana-mana arah.

Euro Stoxx 50

Indeks Eropah menguji tahap rintangan terkini, jika ia menembus dari bawah ke atas, maka tahap rintangan seterusnya adalah ketinggian sebelumnya.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 25.05.2020-29.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...