Analysis

Cara untuk memulakan minggu ini: analitis dan ramalan — 02.11.2020

Analisis dan ramalan asas untuk masa depan


Gelombang kedua COVID-19 terus mencatatkan peningkatan.

 

Mesti tahu

Jerman dan Perancis telah mengumumkan kuarantin seluruh negara. Langkah ini tidak begitu mengejutkan berbanding dengan langkah pelaburan, memandangkan kadar peningkatan insiden COVID-19 di EU mula memecahkan rekod. Namun begitu, sekatan pergerakan baharu berupaya untuk menyebabkan kerosakan yang teruk terhadap ekonomi kesatuan tersebut.


Bilangan permohonan untuk manfaat pengangguran di Amerika Syarikat jatuh sepanjang minggu ini dan data awal tentang pertumbuhan KDNK negara tersebut pada suku tahunan ketiga adalah lebih positif berbanding ramalan pakar. Walau bagaimanapun, minggu hadapan pilihan raya presiden akan mengambil tempat dan mereka akan mempunyai pengaruh yang boleh menentukan dinamik pasaran kewangan.


Tinjauan menunjukkan bahawa Reserve Bank of Australia mungkin memotong kadar faedah daripada 0.25% kepada 0.10% pada mesyuarat pengawal selia yang seterusnya, yang akan diadakan pada hari Selasa, 3 November. Tindakan ini akan memberikan impak pada kedudukan dolar Australia.


Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan dalam minggu kerja ini tidak dapat berkompromi untuk menyetujui pakej insentif ekonomi baharu. Sehubungan dengan hal ini, indeks saham mengakhiri minggu ini dalam keadaan negatif yang mendalam.


Pada penghujung minggu lalu, diketahui bahawa OPEC+ belum berbincang tentang kemungkinan melanjutkan persetujuan atas pengehadan pengeluaran minyak untuk tahun 2021. Tetapi pakar mempercayai bahawa pengeksport patut menyambung semula rundingan, kerana pasaran minyak berada dalam keadaan yang teruk, seperti yang ditunjukkan oleh kenyataan kewangan syarikat tenaga terbesar dunia.

 

Pandangan asas

Boeing

Syarikat penerbangan ini telah menerbitkan kenyataan kewangan suku tahunannya pada minggu lalu. Suku tahunan ketiga merupakan tempoh kerugian keempat yang berturut-turut, walaupun Boeing berusaha untuk memotong kos. Selain itu, berita negatif datang dari China, kerana Empayar ini mungkin mengenakan sekatan terhadap Boeing atas penawaran senjata kepada Taiwan. Sebagai kesimpulan, kami menambah bahawa gelombang baharu COVID-19, secara jelasnya, telah menangguhkan permulaan perkhidmatan penerbangan sepenuhnya.

Twitter

Twitter tidak berprestasi baik minggu lalu. Saham syarikat telah jatuh sebanyak 15% selepas penerbitan laporan kewangan suku tahunan, yang melaporkan penurunan dalam pendapatan bersih sebanyak $8 juta.

Apple

Laporan suku tahunan Apple mengecewakan. Hasil jualan iPhone telah jatuh sebanyak 21%. Apple menunjukkan trend yang terutamanya negatif di China, dengan hasilnya jatuh sebanyak 29% sekali gus.

 

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 25.11-29.11.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitik 04.09.2019

Minyak menerima rangsangan negatif disebabkan oleh kurangnya kemajuan dalam rundingan antara AS dengan China, serta peningkatan pengeluaran minyak oleh negara-negara...
Analysis

Berita, Trend & Analitik 29.11.2019

Minyak sedang kehilangan faktor sokongan secara beransur-ansur China sedang bersedia untuk bertindak balas terhadap undang-undang AS mengenai Hong Kong, dan Rusia mahu mengkaji...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.