Carta US Dollar Index


Kebanyakan pedagang menggunakan indeks dalam perdagangan mereka. Pasaran saham menawarkan pelbagai jenis indeks seperti S&P 500, NASDAQ, Dow Jones, dsb. Ia memberikan gambaran tentang keadaan ekonomi industri atau negara tertentu.

Bagaimana pula dengan pasaran bursa asing? Di sini, pembantu utama ialah US Dollar Index. (Basic Dollar Index, USDX). Dolar A.S. ialah mata wang rizab sedunia, bererti ia diperdagangkan dengan luas dan menarik minat pedagang dari seluruh dunia. Contohnya, ia digunakan dalam 80-90% daripada semua perdagangan Forex.

Di platform, Indeks Dolar boleh dijumpai di bahagian FTT di bawah tab Indeks. Di platform lain, anda boleh menjumpai instrumen ini di bawah simbol saham USDX atau DXY.

Ini ialah carta Indeks Dolar A.S.:

Indeks Dolar Asas ialah pengukur kekuatan mata wang A.S. Ia merangkumi sekumpulan mata wang asing yang nilainya dibandingkan dengan nilai dolar A.S. Ramai pedagang profesional mengikuti perubahannya kerana ia seringkali kekuatan atau kelehaman dolar yang menggerakkan pasaran.

 

Bagaimana Indeks Dolar Dikira?

Indeks dikira sebagai min geometrik berpemberat daripada kumpulan mata wang. Kumpulan indeks termasuk enam mata wang: euro (EUR), yen (JPY), pound sterling (GBP), dolar Kanada (CAD), krona Sweden (SEK), dan franc Swiss (CHF). Senarai ini berdasarkan negara-negara yang merupakan rakan dagangan utama Amerika Syarikat. Setiap satu mempunyai impak ekonomi yang berbeza terhadap ekonomi A.S., jadi setiap mata wang diberikan bahagian yang spesifik:

  • euro — 57.6%.
  • yen — 13.6%.
  • pound sterling — 11.9%.
  • dolar Kanada — 9.1%.
  • krona Sweden — 4.2%.
  • franc Swiss — 3.6%.

Formula akhir untuk indeks adalah seperti ini:

USDX = 50.14348112 × EURUSD-0.576 × USDJPY0.136 × GBPUSD-0.119 × USDCAD0.091 × USDSEK0.042 × USDCHF0.036

 

Bila dan Kenapa Indeks Dolar Dicipta?

JP Morgan merumuskannya pada Mac, 1973. Jika anda menggantikan kadar pertukaran untuk MAx, 1973 dalam formula itu, anda mendapat nilai tepat 100. Akhirnya Indeks Dolar Asas menunjukkan perubahan USD berkaitan dengan sekumpulan mata wang yang dibandingkan dengan sebut harga 1973.

Nilai indeks yang kurang daripada 100 mata menandakan dolar semakin lemah, manakala lebih daripada 100 mata menandakan kenaikan nilai dolar A.S. berbanding dengan tahun 1973.

Pada masa ini, terdapat peralihan kepada kadar pertukaran apungan. Perjanjian Bretton Woods, apabila dolar A.S. yang dikaitkan dengan nilai emas ($35 setiap troy ounce), berakhir, dan piawaian emas telah berkurang dengan tidak terhingga.

Selepas Perjanjian Smithsonian, julat perubahan turun naik mata wang meluas dari 1% hingga 4.5%. Berikutan itu, sistem Jamaica telah dilaksanakan, yang menjadi pembentukan pasar kadar pertukaran.

Indeks ini dipinda sekali lagi pada tahun 1999 apabila euro diperkenalkan. Oleh itu, 19 lagi negara Eurozone telah diambil kira dalam pengiraan ini, tambah sembilan negara yang menggunakan euro tetapi bukan merupakan anggota Eurozone.

 

Cara Menggunakan Indeks Dolar dalam Perdagangan

Indeks Dolar Asas boleh digunakan untuk menganalisa pasaran Forex. Ini ialah sama dengan cara pelabur pasaran saham menggunakan indeks untuk menentukan arah umum pasaran. Pasaran Forex bergantung pada naik turun mata wang A.S., dan anda perlu tahu fakta ini jika anda ingin membuat analisis asas sebagai dasar untuk dagangan anda.

Katakan anda memperdagangkan pasangan mata wang menggunakan USD sebagai salah satu mata wang (EUR/USD, GBP/USD, USD/CHF, dsb.). Dalam kes ini, Indeks Dolar Asas adalah pembantu yang wajib untuk menentukan trend, tahap dan potensi pergerakan.

Ia boleh dipertikaikan bahawa indeks ini berkait rapat dengan pasangan mata wang sedemikian. Kesan ini adalah positif jika USD ialah mata wang asas aset tersebut (pertama dalam pasangan). Di bawah ialah contoh korelasi positif dengan USD/CAD dan Indeks Mata Wang A.S:

Jika USD ialah mata wang yang disebut harga (tempat kedua dalam pasangan), makan hubung kait aset tersebut dengan Indeks Dolar Asas ialah negatif. Korelasi negatif yang terbesar dilihat dengan EUR/USD kerana berat EUR dalam indeks ialah 57.6% seperti yang dilihat di sini:

Terdapat dua kaedah utama untuk berdagang dengan Indeks US Dollar. Kita merungkainya menggunakan contoh perdagangan dengan pasangan EUR/USD:

Kaedah 1. Dari masa ke masa, pergerakan indeks menjangka pergerakan daripada pasangan mata wang utama. Indeks Dolar Asas boleh menembusi tahap sokongan atau rintangan yang kuat atau memulakan pergerakan yang aktif.

Jika pergerakan yang serupa tidak dilihat dalam EUR/USD, maka terdapat kemungkinan tinggi yang ia akan bermula tidak lama lagi (pada arah bertentangan). Anda boleh memperdagangkan kelewatan EUR/USD menggunakan alat FTT dengan menganalisa carta dengan jangka masa sekurang-kurangnya 1 jam.

Kaedah 2. Strategi utama untuk perdagangan dengan Indeks Dolar Asas ialah untuk mengenal pasti garisan trend dan tahap sokongan dan rintangan. Anda patut membuka kedudukan untuk kenaikan dalam EUR/USD:

  • Apabila Basic Dollar Index berada dalam trend menurun dan menyentuh garisan trend.
  • Apabila indeks berdekatan tahap rintangan yang kuat dan syarat-syarat untuk kebalikan boleh dilihat, misalnya pembentukan lilin kebalikan atau bacaan penunjuk.

Kedudukan arah bawah dalam EUR/USD harus dibuka:

  • Apabila indeks menunjukkan trend menaik dan menyentuh garisan trend.
  • Apabila Indeks Dolar Asas menghampiri tahap sokongan yang kuat, dan syarat-syarat untuk kebalikan boleh dilihat misalnya pembentukan lilin kebalikan atau bacaan penunjuk.

Anda perlu menganalisa carta untuk mengetahui titik masuk pada jangka masa tinggi bermula dari 4 jam. Jangka masa yang disyorkan ialah 1 hari, oleh itu lebih baik untuk berdagang menggunakan mod Forex dan bukan FTT.

Perkara paling penting untuk diingat ialah bahawa Indeks Dolar Asas secara asasnya ialah penunjuk makroekonomi. Ia digunakan untuk menilai keadaan global dolar A.S. untuk jangka masa lebih tinggi dan sering digunakan sebagai pelengkap kepada analisis asas yang lain.


Amaran risiko:

Maklumat yang diberikan bukan nasihat pelaburan. Apabila menggunakan maklumat ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan mengambil semua risiko yang berkaitan dengan hasil kewangan transaksi anda.

Mula berdagang