Manajemen Uang

Insider Trading: Apa Yang Dilarang, Dibenarkan dan Adakah Ia Berbaloi?

Semua yang perlu anda tahu tentang insider trading


Istilah “insider trading” (perdagangan dalaman) kerap dilihat dalam tajuk berita baru-baru ini. Terdapat ahli politik terkenal dan taikun perniagaan yang disiasat kerana ini. Seolah-olah semua orang ‘cool’ melakukannya. Jadi, apa itu insider trading dan mengapa ia menyalahi undang-undang?

 

Apa itu Insider Trading?

Definisi “insider trading” berdasarkan teras undang-undang yang berkenaan ialah “membeli atau menjual sekuriti yang melanggar kewajipan fidusiari atau hubungan kepercayaan dan keyakinan lain, atas dasar maklumat penting dan bukan awam mengenai sekuriti tersebut.” Di bawah ini kita merungkai bahasa perundangan rumit kepada beberapa bahagian yang mudah difahami.

Pertama, kita bermula dengan orang dalam hubungan kepercayaan — (Orang Dalam) Insider. Seseorang dinamakan “orang dalam” sekiranya hubungan mereka dengan sesuatu perniagaan membolehkan mereka mengetahui maklumat yang belum didedahkan kepada orang awam.

Maklumat orang dalam dianggap “penting” jika ia jenis maklumat yang boleh dan berkemungkinan tinggi mempengaruhi harga saham sebuah syarikat. Contohnya penggabungan yang belum selesai, pelaburan besar, laporan pendapatan yang mengejutkan, pengumuman tentang kontrak kerajaan, dsb.

Orang dalam memikul tanggungjawab fidusiari terhadap syarikat dan pemegang saham mereka. Fidusiari bermaksud kewajipan kesetiaan atau kewajipan berjaga-jaga (duty of care). Oleh itu, Orang Dalam yang menggunakan maklumat material untuk manfaat peribadi mereka dan mengakibatkan konflik kepentingan langsung kepada siapa mereka mempunyai kewajipan tersebut.

 

Adakah Semua Jenis Insider Trading Menyalahi Undang-undang?

Anda mungkin terkejut untuk tahu bahawa bukan semua insider trading menyalahi undang-undang. Berikut adalah beberapa contoh insider trading yang tidak mempunyai sebarang akibat undang-undang:

  • Seorang pekerja merealisasikan opsyen saham mereka (sejenis pampasan ekuiti) dan membeli 100 saham daripada syarikat majikan. Mereka mungkin mengetahui maklumat orang dalam, namun ini adalah hak mereka yang sah.
  • CEO membeli 500 bahagian saham dalam syarikat mereka sendiri. Dagangan ini dianggap sah selagi maklumat tentang ini dijadikan pengetahuan umum dan dilaporkan kepada badan pengawal selia yang berkaitan.
  • Ahli lembaga menambah jumlah sahamnya dalam syarikat menerusi pembelian saham. Dagangan ini 100% sah dari segi undang-undang jika dilaporkan kepada badan pengawal selia.

 

Insider Trading Yang Menyalahi Undang-undang

Jadi, bilakah dagangan jenis ini menjadi sesuatu salah? Ini terjadi apabila transaksi (misalnya pembelian atau penjualan saham) dipengaruhi oleh pengetahuan yang hanya diketahui oleh kumpulan kecil dalam sebuah syarikat. Maklumat seperti ini akan memberikan orang dalam itu kelebihan yang tidak adil untuk memperoleh keuntungan atau mengelakkan kerugian yang berkaitan dengan perubahan harga saham sebelum orang lain di pasaran.

Sekali sekala anda akan melihat kes insider trading apabila seseorang di luar sebuah syarikat menggunakan maklumat yang diperoleh daripada orang dalam untuk menghasilkan keuntungan. Dalam keadaan ini, kedua-dua “pemberi maklumat” dan “penerima maklumat” boleh didakwa. Seperti yang berlaku dalam kes insider trading yang popular pada tahun 2001 yang melibatkan Martha Stewart.

Stewart, ahli perniagaan dan personaliti TV, menjual semua sahamnya dalam syarikat bioteknologi, ImClone. Dua hari kemudian, ImClone mengumumkan bahawa FDA tidak meluluskan produk farmaseutikal utama syarikat itu, Erbitux. Saham mereka jatuh 16% sejurus selepas itu.

Menjual saham sebelum pengumuman dan penurunan berikutnya menjimatkan Stewart daripada kerugian $45,673. Siasatan membuktikan Martha bertindak berdasarkan maklumat daripada CEO ImClone pada masa itu, Sam Waksal. Kedua-dua pihak didakwa dan disabitkan dengan insider trading. Waksal dihukum penjara selama 87 bulan dan denda sebanyak $3 juta. Stewart dihukum penjara selama 5 bulan, didenda $195,000 dan dikehendaki meletakkan jawatan sebagai CEO syarikatnya.

 

Kes Insider Trading Terkini

Tetapi jangan fikir bahawa hukuman besar seperti yang dinyatakan di atas mencegah orang lain daripada melakukan perbuatan seperti itu selama-lamanya. Jauh dari itu. Apa kata kita lihat beberapa contoh insider trading yang berlaku baru-baru ini.

Jabatan Kehakiman AS baru saja menutup siasatan mereka ke atas tindakan beberapa senator yang terlibat dalam perdagangan berskala besar sambil mengetahui maklumat sensitif. Ketiga-tiganya membuat penjualan yang cukup besar sebelum kemelesetan melanda pasaran kerana wabak coronavirus.

Senator Demokrat Dianne Feinstein dari California menjual saham bernilai jutaan dolar sebagai anggota Jawatankuasa Perisikan Senat. Ahli Senator, wakil republik Kelly Loeffler, yang suaminya merupakan ketua Bursa Saham New York, melakukan perdagangan yang sama mencurigakan. Loeffler melupuskan sebilangan besar stok sejurus selepas dia menerima taklimat peribadi daripada pegawai kesihatan mengenai coronavirus yang muncul pada bulan Januari.

Perlu diingat bahawa Senator dilarang menggunakan maklumat bukan umum untuk membuat keputusan mengenai perdagangan saham di bawah Akta STOCK 2012. Jabatan Kehakiman menyiasat kedua-dua kes tersebut tetapi akhirnya menolak untuk membuat tuduhan perdagangan orang dalam kerana kedua-dua Senator mendakwa pihak lain (ahli keluarga dan penasihat) melakukan perdagangan bagi pihak mereka.

Sementara itu di Brazil, Marcos Molina —CEO kilang pembungkus daging tempatan yang besar, Marfrig — menghadapi tuduhan insider trading daripada pihak kawal selia sekuriti negara itu— CVM. CVM mendapati Molina membeli Marfrig sebelum pengumuman awam tentang perjanjian dengan Leucadia National Corp untuk mengambil alih 51% pegangan dalam National Beef. Saham Marfig meningkat hampir 20% selepas transaksi itu diumumkan.

 

Insider Trading dan Olymp Trade

Tidak perlu dikatakan lagi, Olymp Trade tidak menyokong insider trading yang menyalahi undang-undang dan tidak membenarkannya di platform kami. Sebaliknya, kami menyokong dan memudahkan penyelidikan dan analisis pasaran terperinci yang boleh memanfaatkan para pedagang dengan cara yang sama.

Contohnya, anda boleh memanfaatkan Insights pasaran yang ditawarkan oleh Olymp Trade. Semasa di platform, buka bar navigasi dan cari Insights. Klik atau ketik untuk membawa anda ke bahagian suapan berita dengan maklumat yang mampu mempengaruhi pilihan perdagangan anda.

Dari sana anda boleh ke bahagian Aset dan mencari ramalan harga jangka pendek dan analisis trend tentang semua aset yang boleh diperdagangkan dengan Olymp Trade. Menarik, bukan?

Dan jika itu tidak mencukupi, anda sentiasa boleh menyemak Blog kami untuk petua. Analitis Harian dan Mingguan kami akan memastikan anda sentiasa termaklum dan bersedia untuk apa sahaja di masa depan. Jangan pula mengabaikan Analisis Asas, kerana di sini terletaknya insights jangka panjang.

Related posts