Platform berita

Kalendar Cuti Pasaran Saham untuk Q2 2021

Ketahui tarikh pasaran bursa terbesar di dunia akan ditutup


Pada hari cuti pasaran Saham (juga dipanggil cuti perdagangan), anda tidak boleh memperdagangkan saham, jadi lebih baik untuk menyimpan taktik anda untuk hari yang lain. Di negara berbeza, percutian yang berlainan diraikan, jadi rujuk senarai di bawah untuk ketahui tarikh perdagangan yang tidak akan berlaku pada bursa saham utama, misalnya Bursa Saham New York, Bursa Saham London dan Bursa Saham Tokyo.

Terdapat pelbagai bursa saham di seluruh dunia, berpusat di bandar seperti Moscow, Prague dan Athens, namun untuk artikel ini, kami memberi tumpuan pada bursa yang paling terkenal dan berpengaruh.

Cuba lihat kalendar kami untuk senarai cuti pasaran akan datang untuk separuh pertama tahun 2021, tidak termasuk tarikh yang lalu. Ia akan membantu anda ketahui sama ada pasaran saham akan dibuka pada hari seperti “Good Friday”, “Easter” dan juga cuti awam tempatan di wilayah dan negara tertentu.

Oleh kerana cuti pasaran saham, keadaan perdagangan spesifik mungkin berlaku, menyebabkan tindakan harga yang luar biasa kerana kekurangan kecairan. Antara peristiwa dan fenomena berkaitan hari cuti yang paling terkenal ialah jurang perdagangan, gangguan kilat dan juga trend musim. Semua ini boleh menyebabkannya lebih mencabar untuk berdagang ketika tempoh ini.

 

Apa Yang Patut Didagangkan Semasa Cuti?

Jika sebarang aset tidak tersedia untuk perdagangan disebabkan cuti bursa saham, ini mungkin peluang yang baik untuk anda belajar mengenai aset lain dan berlatih untuk memperdagangkannya. Di Olymp Trade, kami menawarkan pelbagai jenis aset, termasuk pasangan mata wang, indeks, ETF, saham, komoditi dan mata wang kripto.

Jangan lupa juga tentang aset OTC (Over-the-Counter) yang boleh didagangkan di platform kami 24/7, termasuk hujung minggu dan cuti awam utama:

  • Emas OTC
  • USD/JPY OTC
  • USD/CHF OTC
  • USD/CAD OTC
  • NZD/USD OTC
  • GBP/USD OTC
  • EUR/USD OTC
  • AUD/USD OTC

Ingat bahawa jika cuti jatuh pada hari Sabtu, Jumaat sebelumnya biasanya menjadi cuti pasaran saham. Begitu juga, jika cuti jatuh pada hari Ahad, pasaran akan ditutup pada hari Isnin berikutnya.

Jika anda melihat tanda asterisk (*) di sebelah tarikh, ini bermakna tarikh tutup adalah berbeza daripada hari cuti sebenar. Ini berlaku apabila cuti itu jatuh bukan pada hari bukan perniagaan.

 

NYSE, NASDAQ

Bursa Saham New York (NYSE) dan Pasaran Saham Nasdaq (NASDAQ) adalah dua bursa saham terbesar di dunia, kedua-duanya berpusat di Bandar New York, Amerika Syarikat. Bursa saham ini, begitu juga semua bursa saham utama di A.S. mengikuti jadual cuti yang sama seperti di bawah:

Peristiwa Tarikh
Good Friday Jumaat, 2 April 2021
Hari Peringatan (Memorial Day) Isnin, 31 Mei 2021

 

LSE

Bursa Saham London ialah bursa saham yang terletak di London, United Kingdom. Bilakah bursa ini dibuka untuk dagangan? Lihat di bawah ini:

Cuti Tarikh
Good Friday Jumaat, 2 April 2021
Hari Easter Isnin, 5 April 2021
Cuti Bank Isnin, 3 Mei 2021
Cuti Bank Isnin, 31 Mei 2021

 

JPX

Bursa Saham Tokyo (JPX) ialah bursa saham yang terletak di Tokyo, Jepun. Ia akan ditutup pada tarikh berikut:

Cuti Tarikh
Hari Showa Khamis, 29 April 2021
Hari Perlembagaan Isnin, 3 Mei 2021
Hari Kehijauan Selasa, 4 Mei 2021
Hari Kanak-kanak Rabu, 5 Mei 2021

 

TSX

Bursa Saham Toronto (TSX) ialah pasaran saham global utama yang terletak di Toronto, Ontario, Kanada. Ia akan ditutup pada tarikh berikut:

Cuti Tarikh
Good Friday Friday, 2 April 2021
Hari Victoria Isnin, 24 Mei 2021

 

SSE

Bursa Saham Shanghai (SSE) ialah bursa saham yang berpusat di Shanghai, China. Tiada dagangan akan berlaku pada tarikh berikut:

Cuti Tarikh
Perayaan Qingming Isnin, 5 April 2021
Hari Pekerja Isnin, 3 Mei 2021
Hari Pekerja Selasa, 4 Mei 2021
Labor Day Wednesday, May 5 2021
Pesta Perahu Naga Isnin, 14 Jun 2021

 

Euronext N. V. (Pasaran Bursa Saham Euronext Amsterdam)

Euronext ialah pasaran saham pan-Eropah yang beroperasi di Amsterdam, Brussels, Dublin, Lisbon, Oslo, dan Paris. Pada tahun 2021, Pasaran Euronext Cash, Euronext Block, dan Pasaran Derivatif Euronext akan dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali pada tarikh berikut:

Cuti Tarikh Paris Amsterdam Brussels Dublin Lisbon Oslo
Maundy Khamis (Norway) Khamis, 1 April 2021 Buka Buka Buka Buka Buka Tutup
Good Friday Jumaat, 2 April 2021* Tutup Tutup Tutup Tutup Tutup Tutup
Hari Easter Isnin, 5 April 2021 Tutup Tutup Tutup Tutup Tutup Tutup
Hari Mei Isnin, 3 Mei 2021 Buka Buka Buka Tutup Buka Buka
Hari Ascension (Norway) Khamis, 13 Mei 2021 Buka Buka Buka Buka Buka Tutup
Hari Perlembagaan Norway Isnin, 17 Mei 2021 Buka Buka Buka Buka Buka Tutup
Whit Isnin (Norway) Isnin, 24 Mei 2021 Buka Buka Buka Buka Buka Tutup

 

HKEX

Hong Kong Exchanges and Clearing Limited (HKEX) ialah peneraju global operasi bursa dan ‘clearing house’ yang berpusat di Hong Kong. Tarikh berikut adalah tarikh tutup untuk HKEX:

Cuti Tarikh
Good Friday Jumaat, 2 April 2021
Perayaan Qingming Isnin, 5 April 2021*
Hari Easter Selasa, 6 April 2021*
Hari Kebangsaan Rabu, 19 Mei 2021
Pesta Perahu Naga Isnin, 14 Jun 2021

 

BSE

Bursa Saham Bombay (BSE) ialah salah satu bursa saham terbesar di dunia dan paling tua di Asia, yang terletak di Mumbai (sebelum ini Bombay), India. Disebabkan cuti umum tempatan, hari dagangan di BSE juga dipengaruhi seperti berikut:

Cuti Tarikh
Good Friday Jumaat, 2 April 2021
Dr. Baba Saheb Ambedkar Jayanti Rabu, 14 April 2021
Eid al-Fitr Khamis, 13 Mei 2021

 

ASX

Bursa Sekuriti Australia (ASX) ialah bursa sekuriti utama Australia yang terletak di Sydney, Australia. Ia menggunakan jadual cuti berikut:

Cuti Tarikh
Good Friday Jumaat, 2 April 2021
Hari Easter Isnin, 5 April 2021
Hari Kelahiran Ratu Isnin, 14 Jun 2021

 

B3 (sebelum ini kenali sebagai BM&BOVESPA)

Brasil Bolsa Balcão S.A (B3), iaitu Bursa Saham Brazil dan Pasaran Over-the-Counter (OTC), ialah bursa pasaran saham yang terletak di São Paulo, Brazil. Cuti perdagangan tahun untuk B3 adalah seperti berikut:

Cuti Tarikh
Good Friday Jumaat, 2 April 2021
Hari Tiradentes Rabu, 21 April 2021
Hari Corpus Christi Khamis, 3 Jun 2021

 

SGX

Singapore Exchange Limited (SGX) ialah bursa antarabangsa berbilang aset yang terkemuka di Asia dan terletak di Singapura. Lihat senarai cuti perdagangan SGX dalam jadual berikut:

Cuti Tarikh
Good Friday Jumaat, 2 April 2021
Eid al-Fitr Khamis, 13 Mei 2021
Hari Vesak Rabu, 26 Mei 2021

Jangan lupa untuk melihat pemberitahuan dan stories Olymp Trade, yang akan mengingatkan anda tentang penutupan bursa sehari sebelumnya. Ingat bahawa semua hari cuti yang disenaraikan di sini adalah tertakluk kepada perubahan. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang maklumat yang tidak tepat atau hasil daripada penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan dalam terbitan ini.

Related posts
Platform berita

Pertandingan Inspire

Pertandingan Inspire Olymp Trade merupakan pertandingan perdagangan terbesar pada tahun 2020. Dengan 3 Liga, tugasan harian dan Matlamat Komuniti, terdapat lebih banyak cara untuk...