Gaya Hidup

Olymp Trade: Membawa Perubahan di Mesir

Broker menyampaikan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik di Mesir


Pada Disember 2020 — Januari 2021, Olymp Trade bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk menyokong penduduk beberapa rumah anak yatim dan pusat penjagaan di Cairo, Giza dan Alexandria. Golongan ini yang kebanyakan besar mengalami kurang upaya mental dan pelbagai masalah kesihatan lebih cenderung untuk menjadi mangsa pandemik COVID-19.

Menambah baik kehidupan komuniti tempatan adalah salah satu komitmen jangka panjang Olymp Trade. Kadang-kadang, ini bukan mengenai dorongan dan pewujudan persekitaran yang menyediakan peluang. Tetapi, menyentuh tentang perlindungan daripada bahaya dan memastikan persekitaran hidup yang berperikemanusiaan.

Golongan kurang upaya mental bergantung kepada orang lain untuk kesihatan dan kelangsungan hidup mereka. Malangnya, seringkali merekalah golongan terakhir untuk menerima perhatian dan sumber yang diperlukan, terutamanya apabila pandemik melanda negara. Pada masa seperti ini, ia sangat penting bagi kita untuk melibatkan diri untuk membantu orang yang tidak berdaya.

 

Mengapa Bulan Sabit Merah

Apabila anda merancang misi amal di luar negara, memilih rakan tempatan yang boleh dipercayai adalah separuh daripada usahanya. Rakan yang sesuai membolehkan anda menyalurkan sumber ke tempat yang betul, mengurangkan pita merah dan mencapai kepada pembuat keputusan. Itulah sebabnya kami menghubungi Bulan Sabit Merah, salah satu badan amal yang tersohor.

Persatuan antarabangsa ini ditubuhkan pada tahun 1919. Sejak itu, ia “melindungi nyawa dan kesihatan manusia, dan memastikan setiap lapisan masyarakat dihormati”, sebagaimana misi mereka nyatakan.

Ini selaras dengan kepercayaan kami sendiri.

 

Menetapkan Matlamat

Setelah membincangan bidang fokus, kami membuat keputusan untuk menyokong golongan yang kurang terlindung — kanak-kanak yatim dan warga emas di rumah anak yatim dan pusat jagaan. Akibat pandemik COVID-10 yang menyebabkan sistem penjagaan kesihatan terlalu dibebankan, golongan ini mendapati diri mereka dalam bahaya.

Wabak COVID-19 kemungkinan tinggi mengambil ramai nyawa dalam institusi seperti ini. Pelbagai penyakit kronik, kurangnya kesedaran penyakit dan akses terhad kepada perkhidmatan perubatan menghasilkan “campuran sempurna” untuk kadar kematian yang tinggi. Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, kami telah membangunkan pelan tindakan untuk menangani keperluan asas penerima bantuan kami.

Menetapkan Matlamat

 

Merealisasikan Cetakan Biru

Di bawah rancangan ini, pasukan Olymp Trade, bersama-sama sukarelawan dan kakitangan Bulan Sabit Merah, mengadakan pelbagai aktiviti amal di beberapa pusat jagaan Cairo, Giza dan Alexandria. Ini termasuk Yayasan Penjagaan Warga Emas dan Pendidikan Intelektual di Marj, Yayasan Pendidikan Intelektual untuk Perempuan di Msr Al-Kadima, Yayasan Perkhidmatan Kurang Upaya Mental di Ain Shams dan institusi-institusi lain.

Pertama, professional perubatan Bulan Sabit Merah memeriksa penduduk pusat jagaan ini untuk menilai keadaan kesihatan dan tahap ketidakupayaan mental mereka. Ia membantu menentukan dengan jelas keperluan mereka dan membuat rancangan rawatan yang disesuaikan.

Bergantung pada keputusan pemeriksaan ini, sukarelawan projek kami menjalankan vaksinasi, menyediakan sokongan psikologi untuk mereka yang tertekan dan kesepian, dan menjalankan kempen kesedaran kesihatan yang istimewa. Seperti yang kami nyatakan, ramai daripada penduduk pusat jagaan ini mempunyai ketidakupayaan kognitif.

Disebabkan ini, mereka membantu bantuan dengan rutin penjagaan kebersihan. Kebanyakan kanak-kanak ini perlu mempelajari cara mencuci tangan yang paling asas, penghalang pertama daripada jangkitan.

Akhirnya, pasukan kami mengagihkan 700 kit yang dilengkapi produk penjagaan kebersihan diri, termasuk pensanitasi tangan, tuala dan sabun. Olymp Trade juga menyediakan kakitangan perubatan yang terlibat dengan picagari, tisu alkohol dan bekalan lain yang diperlukan. Sudah tentu, semua sukarelawan menerima sarung tangan, pelitup muka, gaun perubatan pakai buang dan pelindung muka.

 

Tentang Misi

Untuk meringkaskan kejayaan misi ini, kami ingin mengambil petikan daripada surat penghargaan Dr. Ramy Elnazer.

Dr. Ramy Elnazer, CEO Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC):

Beberapa bulan kebelakangan ini telah menjejaskan kehidupan semua di serata dunia.

Titik rujukan kami berubah sekelip mata. Kami dipaksa untuk mengubah suai tabiat kami dan menerokai norma baharu pekerjaan dan kehidupan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir merakamkan penghargaan kepada Olymp Trade, dan mengucapkan terima kasih kepada syarikat ini kerana sumbangan mereka dalam memerangi coronavirus.

Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan syarikat anda hari ini dan di masa depan.


Pada pihak kami pula, kami ingin berterima kasih kepada setiap rakan ERC untuk bantuan dan bimbingan mereka pada setiap peringkat. Kami berharap, ini bukan kali terakhir kita bekerjasama.

Related posts
Gaya Hidup

Menjadi Pedagang yang Beruntung

Perjalanan Arthis, seperti ramai pedagang yang lain, dibelenggu oleh pengajaran dan kerugian yang teruk. Ketahui cara dia mengatasi kejatuhan dan mencipta strategi tersendiri. Dia...
Gaya Hidup

Lima Buku Terbaik tentang Perdagangan Forex

Khas untuk anda, kami telah menyediakan ringkasan khas tentang buku yang paling menarik tentang perdagangan di pasaran Forex. Bacalah buku-buku ini, gunakan pengetahuan yang anda...
Gaya Hidup

Lihat Dunia dan Muhasabah Diri. Bahagian ll

Dalam artikel sebelumnya kami membincangkan tentang tempat di mana anda tidak hanya dapat berehat tetapi juga berasa hidup semula dan memupuk semangat untuk pencapaian baru. Hari...
Blog rasmi Olymp Trade