Analisis Fundamental

Perdagangan Litecoin: Panduan Ringkas Untuk Pemula

Mengapa anda harus berdagang Litecoin, perak digital 2021


Litecoin (LTC) ialah salah satu kripto yang paling tua dan popular di pasaran. Ia sering kali dipanggil “perak digital kepada emas Bitcoin”, dan untuk sebab yang kukuh. Dari segi teknikal, kedua-dua kripto ini mempunyai banyak persamaan tetapi LTC adalah alternatif yang lebih ringan dan mampu milik.

Untuk mengakses potensi keuntungannya, baca panduan Litecoin ringkas ini yang menerangkan bagaimana aset ini berfungsi dan apa yang memberikannya nilai.

Pada masa penulisan (Ogos 2021) modal pasaran Litecoin adalah lebih $11 bilion. Harga 1 Litecoin ialah kira-kira $160, tetapi ia sentiasa naik turun, menyediakan peluang keuntungan yang bagus kepada para pedagang.

Ingin dagangkan LTC menggunakan platform Olymp Trade? Sebelum anda bermula, lihat dengan lebih terperinci kripto ini yang dahulunya pernah menduduki tempat kedua mengikut modal pasaran. Sekarang, kedudukan itu dimiliki oleh Ethereum (ETH), kripto Vitalik Buterin yang diterangkan dalam artikel yang berasingan.

Baik, kita bermula dengan sedikit sejarah.

 

Menghasilkan Perak daripada Emas – Bagaimana LTC Dilancarkan

LTC ialah ‘hard fork’ Bitcoin, yang bermaksud pembangun Litecoin menggunakan kod sumber blockchain Bitcoin. Coin baharu ini dilancarkan pada tahun 2011 oleh Charlie Lee, seorang saintis komputer dan pempengaruh kripto terkenal yang kini Pengarah Urusan Litecoin Foundation.

Berbeza daripada kemunculan kripto lain, projek baharu bertujuan sebagai pelengkap dan bukan untuk mencabar pemimpin pasaran. Seperti yang dicadangkan oleh namanya, ideanya adalah untuk menghasilkan versi ringan BTC yang lebih mudah untuk transaksi pembayaran harian.

Sehingga Disember 2017, Lee juga salah seorang pencipta LTC yang paling prominen. Kemudian belian memutuskan untuk menjual atau menderma semua pegangannya bagi mengelakkan konflik kepentingan kerana terdapat pihak yang menuduhnya membuang coin sendiri menerusi hantaran tweet beliau. Apa yang menarik ialah keputusan ini telah membuat ramai pelabur kripto untuk percaya bahawa pencipta Litecoin tidak lagi yakin dalam kejayaan jangka panjang coin ini.

 

Persamaan & Perbezaan Antara BTC dan LTC

Kedua-dua Bitcoin dan Litecoin adalah alat kewangan yang membolehkan orang ramai menghantar/menerima wang menerusi Internet. Ia mendukung nilai yang sama (ketelusan, terdesentralisasi, keselamatan) dan kod sumber yang sama.

Kedua-dua mata wang kripto boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil (Satoshi dan Litoshi), menjadikannya lebih mampu milik untuk para pelabur. Kedua-duanya mempunyai jumlah bekalan terhad, yang bermaksud jumlah coin dalam kitaran adalah terhad selama-lamanya. Akhirnya, kedua-dua coin ini diterbitkan melalui kaedah perlombongan Proof-of-work (PoW). Pada masa yang sama, Litecoin bergantung pada algoritma yang lebih mesra alam, menggunakan kurang tenaga dan tidak memerlukan sebarang perkakasan yang berkuasa dan mahal.

Jadi, apa yang menjadikan Litecoin lebih ringan daripada coin induknya?

Untuk pengguna non-tech, terdapat tiga perbezaan utama:

  • Jumlah Bekalan
    84,000,000 LTC vs 21,000,000 BTC
  • Masa Blok
    Pelombong Litecoin memerlukan kira-kira 2.5 min untuk selesaikan satu blok baharu. Untuk Bitcoin pula, kira-kira 10 minit.
  • Yuran Transaksi
    Purata yuran transaksi untuk blockchain Litecoin ialah $0.014. Dibandingkan dengan Bitcoin iaitu $2.40 (Ogos 2021).

 

Apakah maksud spesifikasi teknologi ini kepada pengguna biasa?
Jika dibandingkan dengan BTC, Litecoin adalah lebih cepat dan mudah digunakan. Rangkaiannya juga boleh diskala yang bermaksud ia berupaya untuk memproses lebih banyak transaksi setiap saat. Manakala BTC adalah lebih bagus untuk menyimpan/memindahkan jumlah wang yang besar, LTC ialah coin tugas ringan yang lebih sesuai untuk membeli secawan kopi. Namun, anda harus ingat bahawa hanya beberapa peniaga menerima LTC sebagai bayaran, jadi kebolehgunaan coin ini masih terhad.

 

Patutkah Anda Berdagang Dengan Litecoin?

Litecoin telah wujud untuk beberapa ketika, dan ia merupakan salah satu kegemaran dalam pasaran. Pada masa ini, LTC tidak berada dalam kedudukan Top 10 kripto, tetapi ia masih salah satu altcoin yang terbesar mengikut modal pasaran dan jumlah dagangan. Oleh itu, Litecoin dianggap sebagai aset kecairan tinggi. Hanya segelintir daripada 4,000 mata wang kripto di pasaran boleh membuat tuntutan ini.

Sebagai ringkasan, LTC ialah pilihan yang baik untuk pedagang. Seperti kebanyakan altcoin lain, harganya sangat mudah berubah berbanding aset tradisional. Berikut ialah contoh dinamik harga Litecoin sepanjang empat bulan (Mei 2021 – Ogos 2021).

  • 16 Ogos: $188
  • 3 Ogos: $143
  • 20 Julai: $114
  • 04 Julai: $147
  • 15 Jun: $181
  • 3 Jun: $197
  • 18 Mei: $318
  • 10 Mei: $412 (all-time high)
  • 1 Mei: $278

Pedagang yang mengambil langkah yang betul menghasilkan keuntungan berulang. Pada 2021, perubahan besar masih besar, dan sangat menarik bagi mereka yang ingin memanfaatkannya.

 

Bagaimana dan Di Mana untuk Dagangkan Litecoin

Litecoin ialah salah satu aset kripto yang tersedia di platform Olymp Trade.
Anda boleh dagangkan LTC dalam mod Forex dan Fixed Time Trade

  • FTT (Fixed Time Trade)
    Buat dagangan untuk rangka masa terhad dan dapatkan kadar pulangan tetap sekiranya ramalan anda tentang arah pergerakan harga Litecoin adalah betul.
  • FX (Forex)
    Dalam mod ini, dagangan anda tiada had masa. Anda boleh menutup kedudukan secara manual atau automatik apabila harga Litecoin mencapai nilai tertentu

Seperti biasa, kami sentiasa mengesyorkan agar pedagang baharu berlatih dengan akaun demo. Ia akan membantu anda menambah pengalaman dengan kripto tanpa merisiko modal anda.

 

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Harga Litecoin

Seperti yang anda mungkin tahu, kebanyakan kripto adalah tidak stabil. LTC tidak terkecuali.
Bagaimana untuk meramal arah pergerakan harga seterusnya? Berikut adalah beberapa petua

  • Dinamik harga Litecoin mengikuti Bitcoin kerana kedua-dua kripto berkait rapat. Jadi, jika anda melihat kenaikan BTC, LTC berkemungkinan tinggi mengikuti trend naik dan sebaliknya
  • Harga bergantung pada nisbah penawaran-permintaan. Seperti yang dinyatakan, coin LTC baharu diterbitkan menerusi perlombongan, dan jumlahnya adalah terhad. Dengan setiap 840,000 blok yang diselesaikan, satu acara “halving” akan berlaku di mana ganjaran pelombong kerana menyelesaikan blok akan dikurangkan sebanyak separuh.

Pendek kata, ‘halving’ (pembahagian) adalah mekanisme anti-inflasi terbina dalam yang mengawal kelajuan perlombongan dan penerbitan coin baharu. Oleh demikian, ia mengekalkan kekurangan coin dan memelihara nilainya. Pembahagian Litecoin seterusnya dijadualkan pada Ogos 2023. Biasanya, pembahagian meningkatkan harga coin. Kadang kala ini berlaku sebelum permulaan peristiwa ini.

  • Mana-mana kripto adalah sangat sensitif kepada berita dan khabar angin positif atau negatif. Contohnya, jika kebanyakan pelabur pasti bahawa Charlie Lee telah menjual LTC kerana dia tidak percaya dalam masa depan coin beliau sendiri, harganya mungkin merosot selepas berita ini. Ingatlah apa yang berlaku kepada harga BTC kerana tweet Elon Musk.
  • Harga kripto boleh meningkat disebabkan kes penggunaan baharu yang mempercepatkan penerimaannya dalam aliran utama. Misalnya, LiteBringer, satu daripada permainan berasaskan blockchain yang popular, menggunakan Litecoin sebagai mata wang dalam permainan. its mainstream adoption. For instance, LiteBringer, one of the popular blockchain-based games, uses Litecoin as an in-game currency. Kejayaan permainan ini berpotensi meningkatkan permintaan untuk LTC, lalu menaikkan harganya.

Sekali lagi, ingat bagaimana harga BTC bertindak balas kepada berita bahawa Tesla akan menerima kripto ini sebagai bayaran untuk keretanya.

 

Kesimpulan

Pada 2021, Litecoin masih satu aset yang sangat bagus untuk didagangkan, terutamanya jika anda tidak mempunyai masalah untuk mengawal diri. Kami harus menegaskan sekali lagi: mana-mana kripto ialah aset risiko tinggi/pulangan tinggi yang harus didekati dengan minda yang tenang.

Sudah sedia untuk perdagangan Litecoin? Pergi ke platform Olymp Trade untuk memanfaatkan kenaikan dan penurunan kripto ini.

Related posts