Platform berita

⚠️ Peringatan: Elakkan Skim “Pengurusan Dana”

Jangan percaya mereka yang berjanji terlalu banyak. Baca sebabnya


Baru-baru ini, ramai orang telah menjadi mangsa skim “pengurusan dana”. Idea skim ini adalah untuk mengumpul wang daripada orang ramai dan menggunakannya untuk perdagangan di pasaran Forex. Biasanya, penyumbang seperti ini kurang berpengalaman dalam FX. Teruja dengan janji cepat kaya, mereka mengamanahkan wang kepada orang yang tidak dikenali atau kawan kepada kawan yang bergaya dan bertutur sebagai seorang pakar.

Akibatnya, pelabur ini kerugian wang mereka dan mula menyalahkan penyedia perkhidmatan atau pasaran keseluruhan untuk kerugian ini. Kerana itu kami ingin memberi peringatan kepada klien Olymp Trade terhadap penyumberan luar seperti ini.

 

Mengapa Idea Ini Tidak Baik

Ada 2 Sebab Besar kenapa anda harus mengelak daripada menggunakan proxy:

  • Tidak ada keuntungan yang dijamin dalam perdagangan FX. Mereka yang menjanjikan ini adalah scammer. Atau yang suka berjudi. Atau suka berangan-angan. Ketiga-tiga jenis ini adalah pengurus kewangan yang paling berbahaya.
  • Walaupun mereka menghasilkan keuntungan dengan wang anda, tidak ada jaminan yang anda akan menerimanya dalam poket anda.

KESIMPULAN: Jangan sesekali mempercayai sesiapa yang anda tidak kenal dengan kewangan dan/atau maklumat akaun anda. Terutamanya jika mereka menjanjikan sesuatu yang sukar ditolak. Jika seseorang menyebut tentang ribuan pendapatan dalam jangka masa pendek, yakin lah — anda berhadapan dengan seorang scammer.

Ingat bahawa Olymp Trade tidak membenarkan perdagangan menerusi pihak perantara. Ia jelas dinyatakan dalam Perjanjian Perkhidmatan kami. Jadi, kami tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerugian akibat daripada skim seperti ini.

 

Jadi, Apa Yang Patut Anda Lakukan?

Tiada cara yang pasti untuk menjadi kaya menerusi orang lain, tetapi anda boleh meningkatkan potensi keuntungan sendiri.

Ikuti tips ini:

  • Lengkapkan diri dengan ilmu tentang pasaran dan manfaatkannya
  • Jangan berhenti naik taraf kemahiran anda dan menerokai platform.


Ingatlah untuk memanfaatkan artikel dan
sumber pengetahuan Olymp Trade.
Para pakar kami akan membantu anda:

Tandakan blog kami, langgan media sosial kami dan sentiasa periksa Pusat Bantuan untuk kemas kini.

Related posts
Platform berita

Berdagang dengan lebih Pintar dengan

Berdagang dengan maklumat adalah menguntungkan dan kini, ia lebih mudah dengan Insight Olymp Trade. Alat ini membantu anda kekal termaklum dengan berita yang mempengaruhi pasaran....