Psikologi

Senarai Semak untuk Membuat Dagangan Pemenang

5 peraturan untuk membuat perdagangan yang menguntungkan


Senarai semak ini ialah alat yang sempurna untuk menilai betapa selamatnya perdagangan itu. Cuba gunakan sekarang dan anda akan terkejut melihat betapa mudahnya untuk mengelak daripada mengambil risiko tambahan.

 

Cuma ingat 5 peraturan ini sebelum membuat dagangan:

 

Emosi

Pastikan anda tenang dan yakin. Apa-apa emosi kuat menghalang anda daripada mendapat hasil dagangan yang bagus.

Perasaan geram, marah, keterujaan, malah terlalu ghairah, tidak membolehkan anda untuk menilai situasi secara kritikal. Seorang pedagang mesti mempunyai minda yang tenang dan nadi yang tetap.

Sekiranya emosi anda tidak stabil dan jantung anda berdegup kencang, pergi berjalan-jalan atau berehat. Sekiranya anda baik-baik sahaja, periksa senarai semak.

 

Strategi

Anda perlu memahami dengan jelas rupa isyarat perdagangan dan membuka dagangan hanya selepas anda menerima isyarat.

Sekiranya anda tiada strategi, anda boleh mendapatkan di sini. Berikut adalah beberapa contoh isyarat perdagangan:

  • Penunjuk RSI berada dalam kawasan terlebih jual
  • Pemecahan tahap rintangan yang salah
  • Persilangan dua purata bergerak
  • Laporan negatif pada KDNK negara

 Ada terima isyarat? Teruskan.

 

Pengurusan wang

Jumlah dagangan tidak boleh melebihi had harian, yang anda telah tentukan terlebih dahulu.

Sekiranya anda mengehadkan kerugian anda pada 10% daripada deposit anda setiap hari, jumlah dagangan tidak boleh melebihi tahap ini. Sekiranya jumlah dagangan anda mematuhi peraturan ini—pergi ke analisis trend.

 

Trend

Perhatikan carta dan tentukan trend jangka pendek dan jangka panjang untuk membuat dagangan.

Adakah anda mahu melindungi diri anda daripada kerugian dagangan? Untuk melakukannya, percaya kekuatan dan ikuti trend. Lihat arah pergerakan harga aset pada jam/4 jam/hari terakhir minggu itu.

Sekiranya strategi anda tidak memberikan isyarat untuk berdagang terhadap trend, semuanya baik-baik sahaja. Hanya ada satu isi lagi.

 

Masa

Sekali lagi, fikir sama ada anda memilih masa yang betul untuk membuat dagangan.

Kadangkala, pedagang tidak memilih masa yang betul untuk perdagangan:

  • 10-15 minit sebelum beberapa berita penting keluar atau pada masa yang sama selepas berita keluar.
  • Sebelum pengeluaran laporan kewangan syarikat (sekiranya anda berdagang stok)
  • Tempoh turun naik paling rendah. Sebagai contoh, penghujung sesi Asia atau sejurus selepas penutupan sesi perdagangan AS.

Perdagangan yang menang lebih sukar dicapai semasa tempoh ini berbanding dengan tempoh biasa. Berdagang pada waktu lain.

Sekiranya tanda semak bagi 5 isi ini berjaya dan tiada pelanggaran apa-apa syarat, buka dagangan dan dapatkan wang.

Sudah tentu, penapis yang sangat hebat sekalipun boleh gagal pada satu hari, tetapi ia akan membantu anda membuat perdagangan anda lebih berdisiplin dan menguntungkan. Anda akan mencapai matlamat anda pada tahun 2020!


Tanda buku atau cetak halaman ini dan gunakan senarai semak kami setiap kali anda memulakan hari perdagangan baharu.

 

Dapatkan senarai semak

Related posts
Psikologi

Bom Masa Berdetik

Orang yang sempurna yang benar-benar boleh mengawal emosinya tidak pernah wujud Begitu juga pedagang yang sempurna Risiko kewangan dalam perdagangan membuat kami mengambil langkah...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.