Analysis

Ulasan Pakar: Harga Gas memecah rekod, Pasaran Saham mulai merosot

Analitis Pertengahan Tempoh oleh Pakar Olymp Trade


Kekecohan terbesar minggu lalu ialah kenaikan harga minyak. Apakah yang mendorong pasaran bull yang kuat, dan apa untuk dijangka seterusnya? Jangan terlepas edisi ulasan ini.

 

Trend Mingguan

  • Alibaba   -7.53%.Membuka dagangan turun dengan $100 dan pengganda X20 boleh menghasilkan $150.6.
  • ETH/USD +5.09%. Membuka dagangan naik dengan $100 dan pengganda X10 boleh menghasilkan $50.9.
  • Apple   -3.92%. Membuka dagangan turun dengan $100 dan pengganda X20 boleh menghasilkan $78.4.

 

Pasaran Mata Wang

Antara mata wang “utama”, kami memperhatikan pergerakan yang paling ketara dalam pasangan mata wang AUD/USD – pasangan ini turun 0.72%. Juga, USD/CHF – Pasangan ini naik 0.83%.

Daripada pasangan silang mata wang, pasangan mata wang NZD/CHF  (+0.95%) dan CAD/CHF (+1.06%) naik mendadak. Oleh itu, boleh dilihat sepanjang minggu lalu, mata wang yang paling “terjejas” adalah Swiss franc.

Penurunan nilai Swiss franc boleh diterangkan sebagai tindak balas kepada statistik GDP vital yang tidak mencukupi untuk suku tahun kedua. GDP di Switzerland meningkat sebanyak 1.8%, manakala ahli ekonomi menjangkakan kenaikan 2%. Dari segi tahunan, kenaikan adalah 7.7%, dengan jangkaan +9%.

Kepercayaan bahawa Bank Pusat mungkin memihak kepada pelanjutan dasar wang yang lebih ketat telah meningkat dengan ketara. Akibat itu, banyak mata wang mula menaik dari segi harga berbanding aset “selamat” – CHF.

Mata wang yang paling menarik dari segi analisis teknikal ialah pasangan NZD/CHF. Pada 20.08, pembalikan yang kuat secara relatif telah berlaku untuk pasangan ini. NZD menembusi tahap rintangan 0.64800 dan berjaya keluar daripada segi tiga yang semakin luas. Kami percaya 0.66200 akan menjadi sasaran kritikal untuk pasaran yang naik.

Gambarajah 1. Pasangan mata wang NZD/CHF. 1D TF.

Pasaran Saham

Pasaran saham Amerika hampir tidak berubah sepanjang minggu lalu. Dow Jones jatuh sedikit, iaitu 0.19%. S&P 500 juga turun 0.28%, indeks Nasdaq 100 “lebih terjejas”, jatuh hampir 0.6%.


Kita lihat syer saham FAANG – Facebook, Apple, Google, Netflix, and Amazon.

Saham Facebook bergerak turun sepanjang minggu, jatuh daripada $381.7 kepada $370.5. Kehilangan hampir 2.9%. Namun begitu, dari segi analisis teknikal, trend jangka panjang terus menaik. Walaupun nampaknya “sekarang” adalah masa yang baik untuk beli, kami rasa berbaloi untuk menunggu pantulan semula dan pengesahan penyambungan trend bullish.

Gambarajah. 2. Facebook. 1D TF. 

Saham Apple jatuh hampur 4% minggu lalu. Pelancaran terbaru tidak menyelamatkan permodalan syarikat ini walaupun selepas mendedahkan iPhone 13 baharu, yang berlaku pada 14 September. Saham terus turun. Dari segi analisis teknikal, sasaran untuk penurunan mungkin pada tahap $145. Berita fundamental kukuh untuk memperbaiki keadaan ini tidak dijangka dalam jangka masa pendek.

Harga saham Google bergerak dalam arah berlainan. Pada awal minggu lalu, kenaikan kecil dalam permodalan bermula, tetapi harga saham mula turun pada hari Khamis, kepada $2850.

Saham Netflix turun dengan ketara kepada $575.5. Berdasarkan gambaran teknikal, sasaran pergerakan arah ke bawah ini ialah tahap $574.20 (38.2% tahap penjejakan semula Fibonacci). Syarikat penstriman ini mungkin mencapai tahap ini tidak lama lagi.

Saham Amazon menghasilkan satu “jurang” bermula pada 20.07, tetapi kenaikan gagal menyingkirkannya sepenuhnya pada 09.09, dan permodalan mula turun.

Secara umum, pasaran saham Amerika mula berbalik secara perlahan, yang merupakan berita yang kurang baik untuk pasaran bulls. Kami sedang memantau situasi ini dengan dekat.

 

Pasaran Komoditi

Minyak mentah Brent terus naik menghampiri maksimum setempat tahun ini. Aset menembusi garisan trend ke bawah dan keluar daripada sendal yang tertumpu, menandakan penerusan trend menaik. Dengan kebarangkalian tinggi, minyak akan memperbaharui tahap tingginya melebihi $77.5 dalam jangka masa pendek.

Gambarajah 3 Brent oil. 1D TF. 

Sebut harga didorong oleh ribut tropika baharu “Nicholas”, menuju ke arah Teluk Mexico. Pada masa yang sama, kawasan pengeluar minyak ini belum pulih sepenuhnya daripada akibat Ribut Ida, yang menjejaskan platform pengeluaran beberapa minggu yang lalu.

OPEC, dengan itu, menaikkan ramalan untuk permintaan minyak global untuk tahun 2022 kepada 100.8 juga tong setiap hari. Anggaran ini telah meningkat sebanyak hampir 1 juta tong.


Harga gas semula jadi terus menaik, mencapai harga 5.685. Kali terakhir harga gas mencapai tahap ini adalah pada tahun 2014.

Gambarajah 4. Natural Gas.1D TF.

Bekalan Gas dalam simpanan kekal pada tahap paling rendah, dan musim sejuk menjelang. Keadaan cuaca sukar untuk diramal. Tidak diketahui bagaimana tahap kesejukan musim sejuk ini dan bagaimana harganya akan bertindak balas. Namun demikian, ketidaktentuan berkemungkinan mendorong harga tenaga ke arah naik.

Berbaloi untuk ingat bahawa, seperti banyak komoditi lain, gas boleh berubah dengan banyak. Pertumbuhan parabolik, yang telah pun dilihat lebih daripada sekali dengan aset ini, pasti menyebabkan penurunan yang sama, dan harga akan kembali kepada julat normal. Masih terlalu awal untuk membincangkan pembalikan, tetapi anda harus ingat perkara ini buat masa ini.

 

Pasaran Mata Wang Kripto

Bitcoin (BTC) menemui sokongan pada $44,000. Tindakan harga telah memasuki fasa sisi ke sisi, dan beberapa minggu yang akan datang adalah penting untuk pasaran mata wang kripto. Jika BTC gagal mencapai tahap lebih $50,000 dan teruskan trend naik, gelombang jual baru akan bermula dalam pasaran.

Gambarajah 5. Bitcoin. 1D TF. 

Pertama sekali, penjualan akan meninggalkan kesan ke atas altcoin. Kali terakhir kita melihat situasi yang serupa adalah pada awal tahun 2018, selepas menurun dari $20,000 kepada $6,000, bitcoin pulih kepada $12,000. Namun begitu, ia ternyata satu perangkap bullish. Altcoin, yang kemudian dan kini pulih lebih cepat berbanding mata wang kripto utama, akhirnya merosot apabila web ditutup.

Setakat ini, indeks dominan BTC kekal pada 41%, yang sangat hampir kepada minimum setempat dari bulan Mei tahun lalu. Penunjuk ketakutan dan ketamakan ialah pada tahap neutral 53 mata, yang juga menggambarkan ketidaktentuan situasi semasa.


Binance sedang menukar kepada perniagaan berpusat. Chanpen Zhap berkata dalam temu bual. Sebabnya adalah serangan regulatori daripada banyak negara di seluruh dunia. Syarikat ini telah pun di lihat bergerak ke arah itu, contohnya, selepas pengesahan mandatori. Sekarang, ini telah diumumkan secara rasmi.

Pengasas Bridgewater Associates, Ray Dalio, berpendapat mata wang kripto akan menjadi kejayaan besar, pihak kawal selia akan mengambil kawalan akhirnya. Haluan Binance mungkin menjadi norma dalam situasi seperti ini.


Bukan semua orang di El Salvador bersetuju dengan pengesahan BTC sebagai bayaran sah. Penduduk negara itu menunjuk perasaan pada 15 September untuk memprotes pengesahan mata wang kripto itu dan tindakan pihak kerajaan baru-baru ini. Presiden Nayib Boekel telah pun mengaku bahawa kerajaan tidak dapat menghasilkan infrastruktur baharu dalam 3 bulan. Pendaftaran pengguna baharu dalam dompet digital Chivo telah digantung.

 

Kesimpulan

Sentimen pasaran menaik berterusan dalam pasaran komoditi. Berdasarkan contoh sejarah, trend naik parabolik boleh dijangkan untuk aset tertentu. Biasanya, pergerakan seperti itu adalah biasa untuk pasara mata wang kripto. Namun, pada minggu lalu, pasaran mata wang kripto telah memasuki trend sisi ke sisi yang tidak menentu.

Pasaran saham mula turun sedikit, sementara pasaran pertukaran pasaran asing berdagang dalam arah berbeza dengan USD yang semakin kukuh.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 22.09.2020

UK bersedia untuk mengenakan sekatan disebabkan satu lagi pencetusan wabak COVID-19 dan di AS, bilangan kematian disebabkan koronavirus telah melebihi 200,000.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 06.11.2020

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang lalu, Bank of England telah mengekalkan kadar faedah bank dan menyatakan pelan bank itu untuk menyokong ekonomi.